Saturday, April 27, 2013

AGAMA DAN KEPERCAYAAN




SENARAI DEWA - DEWI OLIMPIA

Zeus adalah raja Olimpia
Hera adalah ratu Olimpia
Hermes adalah utusan Olimpia
Aphrodite adalah dewi cinta dan kecantikan
Ares adalah dewa perang
Demeter adalah dewi pertanian
Hephaestus merupakan dewa api dan logam-kerja
Poseidon dewa laut
Athena adalah dewi kebijaksanaan
Artemis adalah dewi memburu
Apollo dewa matahari dan muzik
Hestia adalah dewi rumah dan rumah tangga


Dewa-Dewi Olimpia dipercayai menetap di Gunung Olympus kerana ianya merupakan puncak yang tertinggi mencapai langit. Di situlah mereka tinggal sebagai satu keluarga di bawah seorang dewa utama iaitu Zeus ( ‘bapa dewa-dewa dan manusia’). Mengikut kepercayaan mereka, Zeus menguasai guruh, kilat dan taufan dan membuat alam bergoncang apabila sahaja rambutnya bergerak. 

Pendekata, bagi orang-orang Achaean setiap dewa dewi itu mempunyai gelarannya serta sifat-sifatnya yang tertentu dan menjalankan sesuatu tugas yang dikhaskan kepada mereka. Dewa dewi ini dipercayai serupa orang lelaki dan perempuan tetapi boleh hidup kekal abadi. Dewa dewi itu dianggap mempunyai cara berfikir dan hawa nafsu seperti manusia tetapi mempunyai kuasa lebih dari manusia. 

Orang-orang Achaean percaya bahawa dewa-dewa ini pada keseluruhannya mementingkan keadilan dan belas kesihan sungguhpun mereka tersinggung jika diketepikan. Mereka marah hanya kepada orang-orang yang mengeji penyembahan dan pemujaan dan mereka yang menyakitkan hati orang lemah dan tidak berdosa dan berbangga di atas kezalimannya itu. Mereka tidak sengaja hendak menurunkan bala ke atas manusia. Punca segala keburukan ialah terkandung dalam hati manusia sendiri. 

Upacara utama dalam dalam penyembahan mereka ialah pengorbanan lembu dan kambing biri-biri; satu upacara pembakaran yang indah dan penuh istiadat diiringi dengan bacaan doa oleh padri, nyanyian hymn dan tarian. Korban-korban ini dibuat bukanlah merupakan pemberian rasuah kepada dewa-dewa tetapi merupakan satu perhimpunan suci dan mesra dengan makan minum bersama dan dapat merapatkan lagi perhubungan manusia dengan dewa-dewa.

 Itu anggapan mereka. Kota-kota yang memuja tuhan-tuhan yang sama biasanya membentuk sebuah majlis agama. Majlis ini mewujudkan pertalian di antara negara-negara kota. Mereka juga percaya kepada orakel iaitu tempat atau perkara-perkara suci yang pada kepercayaan mereka tuhan-tuhan akan memberitahu manusia tentang masa depan.



CIRI-CIRI KEPERCAYAAN AND AGAMA TAMADUN AWAL

  1. Konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayaai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.
  2. Agama merujuk kepada segala kepercayaan kepada tuhan, dewa atau roh nenek moyang serta kebangkitan dan tuntutan-tuntutan  yang berkaitan kepadanya.
  3. Kewujudan pelbagai sistem kepercayaan dalam peradaban manusia ialah hasil daripada hubungan antara manausia dengan alam sekeliling. Mereka percaya alam sekeliling memudaratkan kehidupan manusia, maka manusia berdamai dengan alam sekeliling dengan melakukan upacara pemujaan dan pengorbanan.


No comments:

Post a Comment